KELEBIHAN PROGRAM DROPSHIP

 

 Diskaun setinggi 20%. Kadar diskaun ini akan dinaikkan sehingga 30% berdasarkan kepada kempen promosi tertentu.

 

Yuran permulaan serendah RM30 sahaja.

 

 Anda tidak tanggung risiko. Jual dan terus nikmati margin keuntungan. Tidak perlu simpan stok, packing barang, atau hantar ke pos laju. Anda hanya perlu cari pelanggan dan jual!

 

Sistem yang mudah digunakan untuk membuat pesanan dan pembayaran. Kami menerima pembayaran dengan pelbagai cara dari manual bank-in, online banking dan kad debit/kredit.

 

Segala bentuk dan bahan promosi akan dibekal secara percuma kepada setiap ahli dropshiper. Malah anda akan diselia dan diberi panduan bagaimana cara mendapatkan jualan melalui sistem drophip. Anda akan diletakkan dalam group private bagi facebook dan telegram. Bermakna sebarang promosi dan bahan terbaru anda tidak akan terlepas. 

 

Lebih 4000 produk dalam bentuk buku, Al Quran dan merchandise untuk dipromosikan kepada bakal pelanggan. Bayangkan potensi yang anda ada dengan produk yang sebegitu banyak. Masa untuk bisnes!

 

Terma & Syarat

1. Ahli dropship perlu mendaftar dan membuat bayaran yuran terlebih dahulu sebelum akaun dropship boleh diaktifkan.

  1. Humaira berhak meminda kadar diskaun pada bila-bila masa mengikut keperluan & promosi tertentu.
  1. Ahli dropship dibenarkan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menggunakan apa sahaja medium pemasaran yang ada samada secara online atau offline semasa membuat promosi selagi ianya tidak melanggar undang-undang Malaysia sedia ada.
  1. Ahli dropship haruslah komited dengan program ini dengan melakukan aktiviti promosi secara berterusan. Ahli dropship yang gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan (seperti tiada sebarang aktiviti promosi dan jualan dalam masa 3 bulan) akan digugurkan dari program ini.
  1. Humaira berhak untuk meminta bukti promosi yang dilakukan oleh ahli dropship dari semasa ke semasa mengikut keperluan/kesesuaian. Ahli yang tidak memberikan kerjasama yang memuaskan akan digugurkan dari program ini. Ahli yang digugurkan keahlian tidak akan dipulangkan yuran yang dibayar.
  2. Harga produk yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran perlu samada ditanggung oleh ahli dropship atau pelanggan kepada ahli dropship kecuali jika ada promosi tertentu dari Humaira. Status pesanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
  1. Penghantaran pesanan hanya akan dibuat selepas ahli dropship membuat pembayaran keseluruhan untuk pesanan. Humaira akan bertanggungjawab untuk memproses pesanan tersebut dalam kadar segera dan membekalkan tracking no kepada ahli dropship.
  1. Ahli dropship digalakkan membuat order dengan segera sebaik sahaja menerima order dan pembayaran dari pelanggan untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan program.
  1. Bagi kes pembatalan pesanan, mohon maklumkan kepada kami dalam tempoh 24 jam untuk mana-mana pesanan yang ingin dibatalkan. Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, kami tidak akan memproses permohonan pembatalan tersebut.
  1. Ketika membuat pembayaran pesanan, sila buat pembayaran tepat dengan nilai yang tertera pada invoice. Bayaran berlebihan tidak akan dipulangkan baki.
  1. Humaira tidak akan memasukkan apa-apa flyers/invoice/bahan promosi yang berkaitan dengan humairabookstore dalam pesanan pelanggan. Pelanggan ahli dropship adalah pelanggan ahli dropship.
  1. Ahli dropship juga perlu menguruskan hal-hal berkaitan khidmat pelanggan kemudian bawakan apa-apa isu yang berkaitan kepada pihak Humaira untuk diselesaikan sekiranya perlu.
  1. Humaira berhak untuk tidak memproses pesanan ahli dropship atas sebab-sebab seperti produk tiada stok atau produk telah OP (Out of Print).
  1. Ahli dropship diberi kebebasan untuk meletakkan harga tertentu untuk produk dalam program ini asalkan ianya tidak melebihi harga jualan yang tertera pada produk dan sesuai dengan nilai produk yang dijual.
  1. Humaira tidak akan menanggung apa-apa kos yang timbul sekiranya penghantaran pesanan mempunyai masalah yang berpunca dari kesilapan ahli dropship.
  1. Humaira hanya akan menanggung kos yang timbul sekiranya ;

– Produk yang dihantar didapati telah rosak (rosak luaran atau ketidaksempurnaan dalaman)
– Produk yang dihantar mempunyai kesilapan dari segi kuantiti, tajuk, dan seumpamanya
– Apa-apa isu yang disebabkan oleh kecuaian dari Humaira Trading

  1. Ahli dropship dilarang dari melakukan sebarang aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai penipuan. Humaira tidak akan bertangungjawab atau tidak boleh dipertangungjawabkan atas apa-apa isu yang boleh ditafsirkan sebagai cubaan melakukan aktiviti jenayah menggunaan program ini.