Cara Order

Selepas mendaftar sebagai ahli dropship, ahli boleh memilih salah satu atau sekumpul produk untuk dipromosikan samada di Blog, Facebook, Instagram, Twitter dan secara direct kepada rakan-rakan yang mungkin minat untuk membeli produk tersebut.

 

Katakan ada orang yang minat untuk beli produk buku A berharga RM100. Apa yang ahli dropship perlu lakukan ialah

 

  1. Dapatkan Nama, Alamat Lengkap & No Telefon pembeli
  2. Dapatkan pembayaran dari pembeli berserta kos penghantaran (semak di sini dahulu berkenaan kos penghantaran). Katakan pembeli membayar kepada kita RM100.00
  3. Buat order di humairabookstore.com dan bayar dengan diskaun ahli dropship. Jadi nilai yang dibayar kepada humaira ialah RM80.00.
  4. Ahli untung RM20.00 untuk pesanan tadi.