FAQ

  1. Boleh saya tahu apa itu program Dropship?

 

Dropship adalah program ejen jualan yang menjual produk kepada pelanggan tanpa perlu menyimpan stok dan tidak perlu menghantar sendiri produk yang dijual kepada pelanggan. Ahli dropship berfungsi untuk mempromosikan produk, menerima bayaran dan seterusnya memberikan pesanan tersebut untuk diuruskan oleh pemilik produk.

 

  1. Macam mana hendak sertai program Dropship humairabookstore.com?

 

Register akaun dropship boleh dibuat di http://humairabookstore.com. Maklumat asas berkenan program ini pula boleh dibaca di humairabookstore.com

 

  1. Saya sudah register sebagai ahli dropship dan akaun saya telah diaktifkan. Bagaimana saya hendak mula promosi?

 

Pertama sekali, pilih buku yang ingin anda promosikan. Muatturun muka depan buku tersebut dan baca sinopsis serta penerangan buku. Seterusnya, promosikan buku ini di Facebook atau Whatsapp (mengikut kreativiti ahli dropship) dan nyatakan berapa harga yang anda ingin tawarkan kepada pembeli. Selepas pembayaran diterima, buat order buku di website humairabookstore.com dan masukkan alamat pembeli pada shipping address. Selepas kami menerima order & pembayaran anda, kami akan proses dan hantar pesanan kepada pembeli yang membeli dengan anda.

 

  1. Boleh saya tahu pihak Humaira menghantar pesanan pelanggan saya menggunakan kurier apa?

 

Kami menggunakan 2 kurier iaitu Pos Laju.

 

  1. Saya memerlukan sokongan online. Adakah pihak Humaira ada menyediakan sokongan online untuk program ini?

 

Ya. Anda boleh request untuk menjadi ahli kepada group sokongan online di https://www.facebook.com/group/dropshiphumaira

 

  1. Boleh saya tahu macam mana cara hendak kira kos penghantaran?

 

Cara untuk kira kos penghantaran boleh dibaca di http://humairabookstore.com/en/kospos.html.

 

  1. Bila agaknya buku yang tiada stok akan ditambah stoknya?

 

Sekiranya buku tersebut terbitan Maghfirah Media Group dan masih ada stok di stor utama, biasanya dalam 1 minggu ia akan ditambah semula ke dalam sistem. Bagi buku yang sudah kehabisan pula perlu ditunggu proses ulang cetak dan agak sukar untuk agaknya bila ianya akan siap. Bagi buku terbitan luar pula, proses tambah stok akan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa.

 

  1. Macam mana dengan resit pembelian? Adakah Humaira ada menyediakan resit kepada pelanggan?

 

Humaira tidak mengeluarkan resit kepada pelanggan anda. Anda harus menyediakan resit sendiri untuk pelanggan anda.

 

  1. Saya telah memilih penghantaran secara COD – Showroom Humaira. Bila agaknya boleh saya datang mengambil buku yang dipesan? Hari Sabtu & Ahad boleh?

 

Semasa proses checkout, anda boleh memasukkan tarikh dan masa anda bercadang untuk datang mengambil pesanan anda. Kami sarankan berikan kami masa 24 jam (hari bekerja) untuk menyiapkan proses pesanan anda. Jika anda bercadang untuk datang pada hari Sabtu atau Ahad, maklumkan kepada kami melalui email atau telefon untuk membolehkan pihak kami menyediakan pesanan anda.