FAQ

1.Apakah fungsi laman web humairabookstore.com?

Berfungsi untuk membolehkan pembeli dan peminat buku berbahasa melayu  mendapatkan buku kegemaran mereka secara ONLINE dengan mudah dan cepat tanpa perlu ke kedai buku.

2.Bagaimanakah pembelian ONLINE humairabookstore.com ini berfungsi?

Bertindak seperti jurujual dan pembeli boleh memilih buku yang diminati, memasukkan nama dan alamat untuk proses penerimaan buku dan kemudian membuat pembayaran. Kesemua maklumat pembelian akan diproses oleh Humaira Trading dalam kadar segera dan kemudian buku akan dihantar kepada pembeli menggunakan Pos Malaysia.

Tutorial membeli buku  boleh dibaca di http://humairabookstore.com/cara-pembelian/

3.Bagaimana untuk saya membuat pembayaran di humairabookstore.com?

humairabookstore.com menerima pelbagai jenis pembayaran dan boleh dirujuk di http://humairabookstore.com/cara-pembelian/ . Tips membuat pembayaran : Sekiranya tuan puan gagal membuat pembayaran menggunakan MolPay, sila pilih cara pembayaran lain seperti menggunakan manual internet banking atau melalui mesin cash deposit. Maklumat akaun boleh didapati melalui laman http://humairabookstore.com/cara-pembelian/

4.Berapa lama masa yang diambil untuk Humaira menghantar buku yang dibeli?

Masa memproses sesuatu pembelian biasanya mengambil masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dan buku akan dihantar menggunakan Pos Malaysia yang biasanya mengambil masa seperti berikut:

Pos Laju (Tempoh masa penghantaran 3 hingga 5 hari berkerja)
Selepas membuat penghantaran, pihak Humaira Trading akan menghantar email yang mengandungi no. tracking kepada pelanggan biasanya dalam masa 24 jam selepas penghantaran dibuat. Status terkini penghantaran boleh dirujuk di website Pos Laju dengan menggunakan no tracking yang dibekalkan. Semak di sini: http://www.poslaju.com.my/track-trace/
5.Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya buku yang saya dapat dalam keadaan tidak sempurna?

Buku rosak? Salah tajuk? Kuantiti tidak cukup? Rujuk di sini: XXXXXXXXXXXXXXXXXX

Buku yang dibeli daripada Bookcafe biasanya akan sampai dalam keadaan yang sangat baik. Namun sekiranya berlaku kejadian buku yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan yang tidak memuaskan, sila hubungi Humaira Trading (email, telefon, sms) untuk tujuan pemulangan buku yang tidak sempurna tadi dan Humaira Trading akan menghantar buku baru kepada anda tanpa sebarang kos tambahan.

6.Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima buku yang saya beli?

Sila maklumkan kepada Humaira Trading sekiranya anda tidak menerima buku yang dibeli dalam tempoh 3 minggu selepas pembayaran dilakukan. Kami akan menyemak maklumat anda dalam kadar segera samada ianya disebabkan oleh kecuaian Humaira Trading  atau kelewatan oleh Pos Malaysia.

7.Apakah kelebihan membeli buku terbitan Maghfirah Media Group secara ONLINE melalui humairabookstore.com berbanding membeli di kedai buku biasa?

Selain mudah dan cepat, membeli di humairabookstore.com akan membolehkan anda mendapat pelbagai diskaun istimewa daripada pihak Maghfirah Media Group

8.Berapakah kos penghantaran buku-buku yang dibeli di humairabookstore.com?

Kos penghantaran buku-buku yang dibeli di humairabookstore.com  adalah berdasarkan kepada kos yang digunakan oleh perkhidmatan Poslaju.

9.Apakah kelebihan melanggani newsletter promosi?

Newsletter promosi merupakan platform untuk Maghfirah Media Group mengemaskini segala berita berkenaan promosi terbaru yang diadakan di Maghfirah. Melanggan newsletter promosi membolehkan pelanggan menjadi antara orang pertama yang mengetahui tentang apa-apa promosi terbaru yang diadakan.

Untuk lebih banyak keistimewaan, 5 saat sahaja untuk daftar. Daftar sekarang juga: http://humairabookstore.com/langganan-emel/

10.Minat berbisnes & Jual buku secara online tanpa sebarang kos?

Sertai program DROPSHIP kami. Maklumat lanjut: XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

 

  1. Saya memilih untuk membuat pembayaran secara Bank-in manual di mesin ATM. Masalah saya ialah mesin ATM tidak menerima duit kecil (seperti duit syiling dan wang kertas RM1, RM5) menyebabkan saya tidak dapat memasukkan jumlah yang tepat. Sekiranya saya membuat pembayaran terlebih, adakah pihak humairabookstore.com akan memulangkan baki bayaran saya?

Polisi kami ialah tidak memulangkan baki kepada para pelanggan bagi kes ini. Kami juga dinasihatkan oleh pihak POS LAJU supaya tidak memasukkan duit dalam bungkusan berserta dengan buku. Kami lebih mengesyorkan para pelanggan untuk menggunakan kaedah bank-in secara online daripada menggunakan mesin ATM. Kami juga menyesyorkan para pelanggan yang ingin membuat pembayaran menggunakan mesin ATM supaya menggenapkan jumlah pesanan supaya tidak berlaku masalah ini.

Sekiranya ia masih tidak dapat dielakkan, duit baki pembayaran para pelanggan boleh digunakan untuk membuat pembelian yang seterusnya.

 

  1. Semasa POS LAJU membuat penghantaran, saya tiada dirumah dan mendapati pihak POS LAJU tidak meninggalkan apa-apa nota untuk dirujuk. Apa yang harus saya lakukan?

Pertama sekali, sekiranya pelanggan tidak mendapat pesanan dalam masa jangkaan normal iaitu 3-5 hari bekerja, pelanggan disarankan untuk menghubungi pihak Humaira Trading bagi memaklumkan perkara tersebut. Ini kerana kebiasaanya pihak POS LAJU tidak memaklumkan status penghantaran mana-mana pesanan kepada kami dan ianya mengambil masa yang lama untuk sesuatu bungkusan kembali ke pejabat kami sebagai barang yang tidak dituntut. Dalam kes ini, pihak Humaira Trading tidak akan menanggung kos penghantaran kali kedua sekiranya barang yang dihantar kembali ke pejabat kami sebagai barang yang tidak dituntut (atau sebab-sebab lain yang disebabkan oleh kecuaian pelanggan).

 

  1. Apa itu nombor pesanan / order id?

Selepas membuat pesanan di web, para pelanggan akan menerima email Invoice daripada humairabookstore.com. Tertera pada Invoice tersebut ialah nombor pesanan seperti : Order #12345

 

  1. Apa itu MOLPay?

MOLPay ialah perkhidmatan pihak ketiga yang akan memproses pembayaran samada menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, dan juga membayaran menggunakan bank tempatan seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan perkhidmatan yang menggunakan saluran FPX yang lain. Oleh itu, transaksi yang menggunakan perkhidmatan MOLPay akan mencatatkan MOLPay sebagai penerima bayaran pada statement pembayaran (samada pada statement kad kredit mahupun resit transaksi bank).

MOLPay juga bertanggungjawab memastikan perjalanan sebarang transaksi dan transmisi data pelanggan ketika membuat pembelian online di humairabookstore.com adalah dalam keadaan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

  1. Saya telah membuat pesanan online. Tetapi saya tidak mendapat buku yang dipesan kerana tidak ada orang ditempat alamat yang saya tetapkan semasa pihak POS LAJU membuat penghantaran. Bagaimana dengan pesanan saya?

Kami sarankan supaya pelanggan menetapkan alamat yang boleh menerima pesanan yang akan dihantar samada pelanggan itu sendiri atau sesiapa juga yang boleh bertanggungjawab menerima pesanan tersebut. Sekiranya pihak POS LAJU mendapati tidak ada orang yang menerima pesanan di alamat yang ditetapkan, pihak POS LAJU biasanya akan meninggalkan sekeping nota dan pelanggan perlu ke Pejabat POS berdekatan untuk mengambil bungkusan yang dihantar. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kes pihak POS LAJU tidak meninggalkan nota tersebut iaitu;

  • Penerima tidak dikenali
  • Penerima telah berpindah
  • Alamat salah/tidak lengkap
  • Alamat tidak mempunyai peti surat untuk diletakkan nota
  • Alamat berada di kawasan pendalaman

Sekiranya ini berlaku, bungkusan biasanya dihantar kembali kepada kami dan pelanggan perlu membayar kos penghantaran sekali lagi sekiranya ingin bungkusan tersebut dihantar sekali lagi.