MANFAAT DAN FAEDAH KEAHLIAN

  • Antara faedah-faedah yang diperolehi sebagai ahli Humaira adalah:

  • Menerima buletin ekstra melalui e-mel atau sms tentang produk-produk terkini, aktiviti-aktiviti promosi, bengkel-bengkel dan maklumat lokasi jualan terus yang akan dianjurkan.

  • Jemputan eksklusif ahli semasa program-program promosi dan jualan diadakan.

  • Berpeluang dari segi keutamaan memiliki produk-produk eksklusif dan terhad semasa aktiviti promosi yang akan dinyatakan bergantung kepada stok sedia ada.

  • Layak memiliki “kad” keahlian Humaira.

  • Kad keahlian Humaira perlu dipamerkan semasa pembelian untuk memperolehi faedah yang dinyatakan di atas. (Sila Rujuk Carta Diskaun Produk)

  • Kad keahlian Humaira tidak boleh dipindah milik atau digunakan oleh pihak ketiga.

  • Tempoh sah laku kad keahlian Humaira adalah selama setahun dari tarikh kad didaftarkan. Bayaran tahunan RM 5 akan dikenakan untuk memperbaharui kad keahlian Humaira yang telah tamat tempohnya. Pembaharuan boleh dilakukan secara 'Online' atau terus ke HQ Maghfirah di Taman Putra Kajang.

  • Kuantiti maksima pembelian dari tajuk yang sama adalah sebanyak 3 unit.

  • Mendapat diskaun 15% terhadap pembelian barangan Cenderahati ekslusif Humaira atau Maghfirah Groups.

  • Mendapat diskaun 10% dari yuran penyertaan aktiviti-aktiviti atau bengkel-bengkel anjuran Maghfirah Group.

  • Untuk mendapat diskaun tersebut, pemegang kad keahlian perlu menunjukkan nombor kad ketika membuat bayaran samada melalui tunai ataupun dalam talian di humairabookstore.com.

  • Penggunaan kad keahlian Humaira adalah pada lokasi-lokasi yang telah ditetapkan iaitu secara talian humairabookstore.com, secara terus di HQ Maghfirah Groups ataupun boleh digunakan semasa jualan bergerak oleh team jualan Humaira (akan sentiasa dikemaskini melalui laman sosial rasmi Facebook.com/humairabookstore).

 

Carta Diskaun Produk

Diskaun Semasa Pesta Buku Antarabangsa KL & Jualan Terus

Item Diskaun Biasa Diskaun Ahli
Buku Terbitan Terkini & Terbitan Lama 15% + 5%
Terbitan Buku yang dilelong 50% dan ke atas Tiada + diskaun 
Pakej Buku 20% dan ke atas Tiada + diskaun

 

Diskaun di HQ Taman Putra dan laman Humairabookstore.com

Item Diskaun Biasa Diskaun Ahli
Semua Terbitan Buku Tiada + 15%
Buku yang dilelong 30% dan ke atas Tiada + diskaun 
Barangan Cenderahati Humaira Tiada 15%

 

Di Mana boleh guna kad kehalian Humaira Bookstore?

  • Ibu Pejabat Maghfirah Groups di Taman Putra Kajang
  • Booth Humairah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur setiap tahun
  • Karnival Humaira yang bakal dianjurkan secara tahunan di perkarangan HQ Maghfirah Groups. 
  • Program-program jualan bergerak oleh team jualan Humaira (Lokasi jualan akan dsentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa melalui e-mel newsletter atau FB Humairabookstore).
  • Pembelian secara online di www.humairabookstore.com

 

FAQ Kad Keahlian Humaira Bookstore

Apakah syarat untuk menjadi ahli?
Warganegara Malaysia yang berumur 7  tahun dan ke atas.

Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan untuk menjadi ahli Humaira?
Tiada. Keahlian adalah percuma. Ahli hanya perlu mengisi borang keahlian di (sila rujuk kepada carta lokasi Kad keahlian Humaira pada terma & syarat) atau mengisi secara online di www.humairabookstore.com. 
Namun untuk mendapatkan “kad” keahlian Humaira, setiap keahlian diminta untuk membayar RM20 sahaja. Kit jualan “kad” keahlian Humaira turut disertakan baucher potongan harga 20%. 

Apakah kelebihan yang diperolehi sebagai ahli Humaira?
Menerima buletin atau newsletter setiap minggu daripada Humaira melalui emel atau sms yang mengandungi informasi produk terkini, aktiviti promosi misalnya bengkel, seminar dan konvensyen serta maklumat lokasi jualan langsung. Dan ianya adalah percuma. Selain itu setiap ahli turut akan menerima jemputan eksklusif daripada Humaira sendiri bagi menghadiri setiap program promosi dan jualan diadakan.

Bagaimanakah cara untuk membeli Kad keahlian Humaira?
Bagi memudahkan anda, Kad Keahlian boleh terus ditempah semasa mendaftarkan diri sebagai ahli Humaira tersebut. Untuk pendaftaran anda boleh terus ke humairabookstore.com dan anda boleh terus membayar kad tersebut di laman sesawang tersebut. 
Selain itu, anda boleh datang terus ke HQ kami di Taman Putra Kajang untuk mengisi borang pendaftaran dan membelinya pada harga RM 20.00.

Tempoh sah laku kad?
Kad ini sah selama (1) setahun dari tarikh pendaftaran dan boleh diperbaharui untuk tahun seterusnya pada harga RM20.00. Pembaharuan boleh dilakukan secara online atau di pejabat Maghfirah.

Adakah dengan menggunakan kad keahlian saya akan memperolehi mata terkumpul?
Tidak , kad keahlian Humaira hanya membolehkan anda mendapat potongan harga.

Adakah saya boleh mendapatkan diskaun dan mata di semua kedai buku?
Tidak. Diskaun hanya boleh diperolehi jika anda membuat pembelian di HQ Maghfirah, di gerai jualan bergerak team Humaira kami ataupun pembelian secara talian di humairabookstore.com.

Bolehkah kad keahlian ini digunakan oleh orang lain selain daripada saya?
Tidak. Kad ini tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga.

Sekiranya kad keahlian saya hilang atau rosak, apakah yang perlu saya buat untuk menggantikannya?
Anda boleh menghubungi kami ditalian 03-8724 2215 iaitu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja) pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Anda juga boleh menghantar emel kepada supportmember@maghfirah.com. Bayaran RM10.00 akan dikenakan dan pihak kami akan menghantar kepada anda kad gantian melalui pos.
 

Cara penggunaan

  1. Kemukakan kad keahlian di premis perniagaan yang terlibat sebelum urusniaga direkodkan ATAU 
  2. Anda boleh menggunakan di www.humairabookstore.com. Login atau daftar masuk sebagai ahli Humaira di ruangan keahlian. Potongan harga akan dibuat semasa proses ‘check out’ sebelum ruangan pembayaran. 

 

Pindaan pada polisi keahlian Humaira

Perubahan polisi pada terma dan syarat keahlian Humaira mungkin dipinda, berubah, dipadam atau ditambah dari semasa ke semasa tertakluk kepada keputusan Maghfirah Groups. Perubahan ini mungkin dilakukan tanpa sebarang notis terlebih dahulu. 

 

Polisi Perlindungan Data Peribadi

Kami, Maghfirah Groups melalui anak syarikat kami Humaira Bookstore akan sentiasa komited untuk melindungi semua data peribadi yang kami simpan, dan menyediakan pelanggan kami dengan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.