3 Tips Menjadi Ayah Hebat

Menjadi seorang ayah di zaman milinea ini bukanlah satu tugas yang mudah.

Ditambah dengan kemajuan teknologi pada saat ini membuatkan cabaran mendidik anak-anak makin berliku dan makin teruji.

Masakan tidak, pengaruh negatif yang dibawa oleh negara Barat boleh diakses hanya dengan sentuhan jari sahaja.

Hanya perlu buka apps Youtube dan semua benda anda boleh tonton. Termasuk perkara yang baik atau buruk.

Dan dari situ, lahir sebuah buku yang bertajuk “Baksis Untuk Ayah” terbitan Humaira Publication.

Baksis bermaksud hadiah. Hadiah yang akan mendidik para ayah supaya mereka mampu berperanan dalam menghasilkan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Buku ini berkongsikan sebanyak 25 tips praktikal bagi menjadi ayah yang hebat menurut Islam.

Dan hari ini, kita akan kongsikan 3 tips yang berada dalam buku ini.

Supaya para pembaca dapat mengamalkannya terus, sebaik sahaja selesai membaca artikel ini.

===

1- Jangan berbohong pada anak walau sekali pun.

Seringkali kita berjanji pada anak, supaya mereka berhenti menangis dan meragam. Mungkin dengan umpan aiskrim, barang mainan dan janji pergi melancong ke mana-mana.

Suatu perkara yang si ayah perlu ingat, sekali kita berjanji. Sang anak akan ingat sampai bila-bila. Mereka akan ingat sama ada janji itu ditunaikan atau dikhianati.

Tak percaya? Tunggu mereka besar nanti. Mereka akan belajar untuk memungkiri janji yang mereka lafazkan bersama anda. Dan bukankah orang yang tidak menunaikan janji, dikira sebagai orang yang berdusta?

 

2- Kawal penggunaan telefon pintar di hadapan anak-anak.

Memang benar, lagi seronok sebenarnya menghadap telefon pintar berbanding menghadap kerenah sang anak. Sudahlah mencabar dan menguji kesabaran.

Tapi ketahuilah, sang anak memerlukan perhatian sebagaimana telefon pintar itu diberi perhatian oleh kita. Sebab itu, mereka akan sentiasa berbuat sesuatu bagi menarik perhatian kita.
Sama ada dengan menangis, meragam dan merajuk.

Kerana mereka rasa diri mereka kurang penting bagi ibu dan ayah berbanding telefon pintar. Masakan tidak, kita lagi kerap tengok wajah telefon pintar!

3- Tunjukkan mereka adab yang mulia.

Apa yang kita lakukan, mereka akan serap dengan cepat sama ada perkara yang baik atau buruk.

Seandainya kita mencarut, maka sang anak juga akan mencuba untuk melakukan perkara tersebut.

Sebab itu, sang anak ini diibaratkan seperti span. Mereka akan menyerap setiap perkara yang kita lakukan. Bukankah ibu dan bapa merupakan guru pertama mereka?

Mungkin sebab itu, ada hadis yang berbunyi:

“Tidak ada pemberian yang lebih baik yang boleh diberikan oleh ayah kepada anak-anaknya melainkan adab yang mulia.” (Riwayat Tirmidzi)

===

Itulah dia 3 tips yang ingin dikongsikan. Untuk anda mengetahui baki 25 tips menjadi ayah yang hebat.

Anda Boleh dapatkan buku ini sekarang di link berikut --> 25 Tips Ayah Hebat

Ada diskaun 20% jika anda beli hari ini

p/s: Jemput #SHARE kalau dapat manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *